Wednesday, December 12, 2012

12.12.12


Once in a lifetime...!

Tarikh menarik yang mungkin buat kali terakhir dalam sejarah manusia. Selepas ini dah tak ada tarikh menarik nak di abadikan. Contohnya tarikh nikah ke kan.. ( senyum lebar).

Apa ada pada tarikh ini..?

Satu, Ianya tarikh hari lahir kawan aku -Adasyut. Bagus kan dapat tarikh lahir yang cun melecun begini.. :-)

Seterusnya, tiada apa yang menarik . Terutamanya dalam kehidupan aku. Apa yang pasti, hari-hari aku makin sibuk dengan kerja yang tak pernah habis. Walaubagaimanapun, aku gembira dengan keadaan itu. Keadaan sibuk tersebut menunjukkan aku masih mempunyai sumber rezki untuk aku meneruskan kehidupan. Ia juga dapat memenuhi masa aku dan sekaligus membuat aku lupa tentang konflik dalaman diri aku yang sentiasa menghantui aku...

(Keluh panjang..)
Tarikh ini menunjukkan tinggal lagi lebih kurang 28 hari tahun 2012 akan menutup tirainya. Cepat gila masa berlalu..! Pejam celik pejam celik...dah nak habis tahun.
Banyak lagi yang belum ditunaikan seperti yang dijanjikan aku kepada diri sendiri pada awal tahun dulu. Antaranya nak melawat pulau-pulau di Malaysia.


Semuanya sebab kesibukan jadual harian aku dan juga yang paling penting kesibukan jadual orang yang nak menemani aku. ( Bro, kau sibuk sangat laaa..!)

Satu lagi yang belum sempat aku tunaikan adalah cita cita aku yang nak menurunkan berat badan secara sihat. Semuanya tinggal angan angan saja. Semuanya sebab diri aku yang tidak konsisten...Haih....

Itulah serba sedikit coretan 12.12.12 aku. Semoga hari hari aku akan lebih baik dari hari ini....
Cuma semalam, ada sesuatu menghantui aku.....( renung panjang)

aku : Cuti ada baki lagi.Mana nak pergi ni????

No comments:

Post a Comment