Thursday, November 15, 2012

Filem Kuch Kuch Hota Hai

Tengah layan filem ni sekarang....

Sweet kan..?



Dah lama sangat tak tengok filem ni. Aku pun dah tak ingat masa umur berapa 1st time aku tengok filem ni. Yang aku ingat, aku sanggup pinjam CD dari kawan aku dan pasang senyap-senyap guna pemain VCD abang aku punya. Yang best, masa tu VCD tak ada subtitle. Layan juga tengok sebab suka gila..! Tengok pula dua tiga empat kali, walaupun tak faham sepatah haram apa yang Rahul dan Anjali cakapkan..


Masa tu suka gila filem tu sebab suka lagu lagu dia dan juga sebab Rahul handsome dan Anjali cantik..Heh..
Aku langsung tak faham maksud yang hendak disampaikan melalui filem tu. Menangis pun tak pernah..Walaupun filem tu sedih gila kot..!

Itulah kali pertama aku tengok filem Kuch Kuch Hota Hai. Sehingga ke harini, sebelum ditayang semula di TV2 tadi, aku tak pernah tengok balik filem tu yang ada subtitle.
Aku tak pernah minat gila dengan filem tu, sebab aku bukan peminat Shah Rukh Khan.

Pernah sekali, masa keluar dengan sahabat baik aku, dia beritahu yang dia dah lama hendak cari VCD filem tu. Aku siap perli dia kenapa dia suka sangat filem itu. Dia pelik dengan aku dan dia suka filem tu dan beritahu dia boleh menangis kalau layan filem tu sorang sorang. And guess what..? Aku siap boleh gelakkan dia sebab bagi aku seseorang yang menangis kalau tengok filem Hindustan, dia tu mesti seorang yang sangat emotional..! Jahat kan aku..? Aku tak ada niat pun nak persendakan dia. Cuma aku tak boleh terima sahaja. Kepada sahabat baik aku, aku minta maaf sangat sangat sebab gelakkan dia.

Dan hari ini..Tadi...
Tak semena mena aku menangis ketika layan filem tu di TV2...!!! Damn it...!
Itulah kali pertama aku tengok balik filem tu dengan subtitle. Baru aku faham apa yang Rahul , Tina dan Anjali cakapkan atau bualkan.
Apa yang buat aku menitiskan airmata ialah persahabatan antara Rahul dan Anjali. Aku sangat impikan persahabatan begitu. Malah perwatakan aku sama seperti Anjali. Cuma aku tak ada lah secantik dia. Sekarang pun aku masih seperti dulu.. Heh.
Babak paling aku suka ialah saat Anjali dalam keretapi sebab kecewa Rahul cintakan Tina. Rahul ketika itu sudah ada Tina, masih lagi datang kejar Anjali sebab dia terasa kehilangan kawan baik dia. Bab itu aku menangis teresak esak...! Walaupun Rahul dah ada kekasih hati, dia tidak pernah lupakan Anjali.
Ketika itu, dalam fikiran aku hanyalah wajah sahabat baik aku. Bezanya dia seorang perempuan. Aku sangat sayangkan dia sepertimana Rahul sayangkan Anjali. Aku takut kehilangan dia. Dia lah sumber kekuatan aku , kegembiraan aku walaupun dia tak pernah buat apa-apa ketika aku sedang kesedihan. Mungkin sayang dia tak sedalam sayang aku pada dia. Atau mungkin sebab aku tak pernah beritahu dia kalau aku suka atau tak suka dengan apa yang dia buat terhadap aku. Mungkin aku yang tak pernah buat dia faham kadang kadang perbuatan dia buat aku kecil hati.

Dan sehingga saat aku menaip entri ini, aku tak tahu kenapa dia menangis bila menonton filem ini. Aku tak tahu sama ada apa yang dia rasa sama macam apa yang aku rasa. Atau mungkin sebab dia pernah berada di situasi itu.
Dia sahabat baik aku tapi aku tak banyak tahu pasal dia. Namun aku nak dia tahu bahawa dia tetap sahabat baik aku dan sahabat yang paling aku sayang buat masa ini.......


No comments:

Post a Comment