Sejak aku kerja di kota KL ni, masalah tersekat dalam kesesakan lalulintas memang tak akan hilang. Boleh dikatakan setiap hari sama ada belah pagi atau belah malam, aku memang akan terjerumus dalam masalah ini.Lewat seminit dari waktu biasa aku keluar rumah atau pejabat pun, mesti akan tersekat dalam kesesakan lah.. *mengeluh*
Dan pagi kelmarin, aku tersekat dalam kesesakan....!! *geram*
Puncanya, aku ni gatal nak pergi ronda-ronda cari jalan pula di pagi hari dan di waktu puncak. Padan muka sendiri...Dekat 2 jam juga lah aku tersekat tu. Nasib baik lah topik-topik yang dibincangkan kat radio pagi tu sangat kelakar dan menciut hati. Tak adalah aku bosan dan tertekan sangat. *senyum simpul*
Apa yang ingin dikongsikan di sini ialah apa yang aku fikirkan setiap kali tersekat dalam kesesakan. Kebiasaannya, di waktu-waktu macam inilah aku ambil peluang untuk renung kembali apa yang aku dah buat dan apa yang telah terjadi dalam hidup. Dan di waktu begini jugalah aku cuba kaitkan kesesakan itu dengan hidup aku. Dengan cara berfikiran macam itu, dapatlah aku tenangkan fikiran dan cuba cari penyelesaian yang terbaik bagi diri aku dan orang-orang sekeliling aku.
Perkara yang selalu aku fikir biasanya ialah mengenai keputusan yang diambil atau jalan yang dipilih. Contohnya, oleh sebab terlewat seminit sahaja keluar dari rumah atau pejabat, itu dah boleh menyebabkan aku akan terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Perkara yang boleh di kaitkan dengan hidup ialah, mungkin kerana kesilapan yang kecil kita lakukan, boleh mengubah sesuatu yang besar dalam hidup kita. Dan yang selalu aku terfikir ialah mengenai hati dan perasaan kawan-kawan sekeliling aku. Mungkin kerana kesilapan yang aku lakukan, menyebabkan kawan-kawan terasa hati dan kecewa dengan aku. Em...mungkin.
Lagi satu yang aku selalu fikir ialah mengenai keputusan yang diambil. Contohnya, kalau kita ambil keputusan untuk ambil jalan pintas, dengan harapan boleh sampai cepat ke destinasi tanpa kita tahu apa yang bakal kita tempuh di hadapan dan kita tak biasa dengan jalan itu. Kemungkinan yang ada ialah samada kita akan cepat sampai atau kita tersekat dalam kesesakan.Apa yang boleh dikaitkan dengan kehidupan ialah, setiap keputusan yang kita ambil, hendaklah kita hadapinya samada suka atau tidak. Setiap apa yang terjadi dalam kehidupan ini penuh dengan cabaran. Setiap kesusahan yang ditempuh, ada hikmah disebaliknya.
Itulah yang selalu aku buat untuk isi masa kalau terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Banyak benda yang terjadi di depan mata kita, boleh dijadikan tanda dan subjek untuk kita fikirkan apa yang telah kita lakukan dalam hidup. Tuhan beri kita otak untuk berfikir.Jika tak boleh berfikir sendirian, maka luahkan kepada orang yang dipercayai. Jangan pendam seorang diri. Dan jika dah diluahkan pun masih tidak mampu untuk tenangkan fikiran yang tertekan itu,maka minta lah bantuan dari Allah. InsyaAllah DIA akan bantu.
Dan akhir sekali....satu lagi benda yang aku suka buat ialah menyanyi dan melalak seriang hati dalam kereta...!!
Release gila weiiii.......:)
No comments:
Post a Comment