Tuesday, March 22, 2011

kehilangan lagi

Aku menerima satu lagi berita kematian dari kampung pagi tadi. Lebih kurang jam 8 pagi, aku sampai ke pejabat dan nak 'on' PC, abang aku telefon dan beritahu sepupu aku meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya pagi tadi. Jantung aku macam ada orang rentap pula rasa. Wajah sepupu aku tu pun tiba-tiba muncul depan mata aku. Memang terkejut gila. Tak sangka dan tak menduga.....Jantung aku rasa macam terhenti sekejap. 

Lepas satu...satu saudara aku dijemput Tuhan. Aku rasa macam satu tamparan pun ada juga.Apa yang Tuhan ingin sampaikan pada aku sebenarnya? Adakah ini satu petanda..?

Ikutkan hati, aku nak balik dan beri penghormatan terakhir kepada arwah. Aku dengan arwah agak rapat juga masa zaman kanak-kanak dulu, tapi bila dah dewasa, semua buat hal sendiri. 
Malangnya, dengan keadaan kewangan aku yang sangat kritikal sekarang ni, aku terpaksa korbankan keinginan untuk balik itu. Rasa sangat terkilan dan kecewa sangat dengan diri sendiri pun ada juga. Feel such a loser !!!

Namun, aku mendoakan agar roh arwah ditempatkan disisi orang-orang yang disayangiNYA.
Al-Fatihah untuk arwah Farid Che Nordin, yang meninggal pada usia 26 tahun.....

aku: mungkin cukup rasanya aku mendiamkan diri di bandaraya ini....



Sunday, March 20, 2011

semalam

Pagi semalam aku menziarah saudara aku di Hospital Selayang. Dah lama dia terlantar tak sedarkan diri di sana akibat serangan angin ahmar. Lepas pembedahan di kepala dibuat pun, dia masih tak sedarkan diri. Keadaan dia dah stabil, cuma sekarang doktor tunggu dia buka mata, barulah keadaan dia boleh dikategorikan selamat.
Aku agak terkejut melihat keadaan dia. Tak sangka sampai macam tu sekali rupanya. Sebelum serangan tu, dia OK dan nampak sihat. Orangnya pun jenis berbadan tegap je aku tengok, tapi itulah kan. Kalau dah itu takdir Tuhan, tak ada siapa pun boleh jangka.
Sebelum ni pun, aku baru je kehilangan mak sepupu belah mak aku. Arwah pun sama juga. Tiba-tiba kena sesak nafas dan terlantar di CCU kerana saluran jantung dah tersumbat. Denyutan jantungnya sangat lemah dan selepas 2 hari di CCU, arwah dijemput Tuhan selepas beberapa minit aku menziarahinya. Aku sempat berada di sisi ketika doktor cuba untuk selamatkannya, tapi Tuhan lebih sayangkan dia. Aku pun rasa lebih baik dia dijemput Tuhan daripada tersiksa macam tu.
Dan pejam celik pejam celik, dah hampir 3 bulan arwah meninggalkan kami semua. Cepat betul masa berlalu sekarang ni. Aku pun dah semakin dimamah usia ( chewah..! )

Lepas balik dari hospital semalam, aku lepak rumah kawan aku. Bosan tak ada apa nak buat. Sampai malam pulak tu aku lepak rumah dia. Heh....
Aku bosan dan nak cari teman untuk melencongkan rasa resah di hati aku. Banyak sangat perkara yang tak dijangka berlaku dalam kehidupan aku sejak kebelakangan ini. Antaranya ialah hal ahli keluarga aku yang seolah-olah berlumba-lumba masuk wad. Sekarang ni abang aku pula masuk wad dan selesai menjalani pembedahan di kakinya sebab kaki dia bengkak dan bernanah. Puncanya masih tidak diketahui. Tahap kewangan aku tak mengizinkan aku untuk pulang ke kampung walaupun aku sangat rindukan kampung aku tu. 
Sepanjang aku melepak di rumah kawan aku tu, sempat juga otak aku berfikirkan sesuatu.Padahal masa tu kawan aku sedang rancak berborak dengan aku. Heh...

Aku terfikir, sampai bila aku perlu hidup macam ni. Lari dari semua perkara yang aku rasa menyerabutkan otak aku. Sebab aku malas nak layan dan cara terbaik adalah lari dari situasi itu. Tapi, sampai bila?
Boleh ke masalah itu selesai kalau aku asyik melarikan diri dan mendiamkan diri?
Aku rasa terlalu banyak perkara aku diamkan dalam hati semata-mata nak jaga hati dan hubungan dengan sesetengah orang. Mungkin sesetengah orang akan nampak aku seolah-olah tak pedulikan sesiapa atau sesuatu keadaan, tapi kat dalam hati aku ni sebenarnya aku ambil berat dan fikirkan tentang orang itu. Namun sebab aku dah malas nak sakitkan hati sendiri dan otak dah penat sangat berfikir, maka aku berlagak macam tu. Aku mengasingkan diri dan buat apa yang aku suka sahaja. 

Aku rasa aku perlu berubah. Jika aku tak berubah, bimbang aku akan terus begini selama-lamanya. Tapi aku tak nak berubah kerana orang lain, sebab ianya tak kekal. Pernah dulu aku berubah, tapi ia tak kekal bila orang tu pergi dari hidup aku. Lepas tu, aku balik pada perangai asal. Jadi tak ada guna aku berubah sebab orang lain.

Aku nak berubah....

aku:rasa itu masih ada dalam diri ni. tolonglah pergi...

Saturday, March 12, 2011

lately

I'd notice something. Lately when I'm missing someone, I will :


i) do something that they like to do
ii) eat their favorite food
iii) drink their favorite drinks
iv) listen to their favorite song
v) enjoy their favorite moment.
vi) do the entire things that they like to do..!


Damn....!
Now I know how crazy I am when I care about someone in my life.


aku : This is not a good sign thou..

Friday, March 11, 2011

Sesak dan Hidup

Sejak aku kerja di kota KL ni, masalah tersekat dalam kesesakan lalulintas memang tak akan hilang. Boleh dikatakan setiap hari sama ada belah pagi atau belah malam, aku memang akan terjerumus dalam masalah ini.Lewat seminit dari waktu biasa aku keluar rumah atau pejabat pun, mesti akan tersekat dalam kesesakan lah.. *mengeluh*

Dan pagi kelmarin, aku tersekat dalam kesesakan....!!  *geram*
Puncanya, aku ni gatal nak pergi ronda-ronda cari jalan pula di pagi hari dan di waktu puncak. Padan muka sendiri...Dekat 2 jam juga lah aku tersekat tu. Nasib baik lah topik-topik yang dibincangkan kat radio pagi tu sangat kelakar dan menciut hati. Tak adalah aku bosan dan tertekan sangat. *senyum simpul*

Apa yang ingin dikongsikan di sini ialah apa yang aku fikirkan setiap kali tersekat dalam kesesakan. Kebiasaannya, di waktu-waktu macam inilah aku ambil peluang untuk renung kembali apa yang aku dah buat dan apa yang telah terjadi dalam hidup. Dan di waktu begini jugalah aku cuba kaitkan kesesakan itu dengan hidup aku. Dengan cara berfikiran macam itu, dapatlah aku tenangkan fikiran dan cuba cari penyelesaian yang terbaik bagi diri aku dan orang-orang sekeliling aku.
Perkara yang selalu aku fikir  biasanya ialah mengenai keputusan yang diambil atau jalan yang dipilih. Contohnya, oleh sebab terlewat seminit sahaja keluar dari rumah atau pejabat, itu dah boleh menyebabkan aku akan terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Perkara yang boleh di kaitkan dengan hidup ialah, mungkin kerana kesilapan yang kecil kita lakukan, boleh mengubah sesuatu yang besar dalam hidup kita. Dan yang selalu aku terfikir ialah mengenai hati dan perasaan kawan-kawan sekeliling aku. Mungkin kerana kesilapan yang aku lakukan, menyebabkan kawan-kawan terasa hati dan kecewa dengan aku. Em...mungkin.

Lagi satu yang aku selalu fikir ialah mengenai keputusan yang diambil. Contohnya, kalau kita ambil keputusan untuk ambil jalan pintas, dengan harapan boleh sampai cepat ke destinasi tanpa kita tahu apa yang bakal kita tempuh di hadapan dan kita tak biasa dengan jalan itu. Kemungkinan yang ada ialah samada kita akan cepat sampai atau kita tersekat dalam kesesakan.Apa yang boleh dikaitkan dengan kehidupan ialah, setiap keputusan yang kita ambil, hendaklah kita hadapinya samada suka atau tidak. Setiap apa yang terjadi dalam kehidupan ini penuh dengan cabaran. Setiap kesusahan yang ditempuh, ada hikmah disebaliknya.

Itulah yang selalu aku buat untuk isi masa kalau terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Banyak benda yang terjadi di depan mata kita, boleh dijadikan tanda dan subjek untuk kita fikirkan apa yang telah kita lakukan dalam hidup. Tuhan beri kita otak untuk berfikir.Jika tak boleh berfikir sendirian, maka luahkan kepada orang yang dipercayai. Jangan pendam seorang diri. Dan jika dah diluahkan pun masih tidak mampu untuk tenangkan fikiran yang tertekan itu,maka minta lah bantuan dari Allah. InsyaAllah DIA akan bantu.

Dan akhir sekali....satu lagi benda yang aku suka buat ialah menyanyi dan melalak seriang hati dalam kereta...!! 
Release gila weiiii.......:)