Tuesday, December 20, 2011

..ombak rindu....

Dengar cerita filem Ombak Rindu berjaya catat sampai RM 9 juta...

Tahniah..tahniah..tahniah..!

Tapi....
Aku tak suka semua pasal Ombak Rindu...!!
Lagu tema dia ke, cerita dia ke....novel dia ke...semualah..!

Sebab..?

Malas nak tulis. Semua hal-hal berkaitan Ombak Rindu buat aku sakit hati. Biar aku saja yang tahu kenapa.

aku : Dulu memang suka semua pasal tu, tapi kini tidak.

Monday, October 17, 2011

Pagi tadi aku sungguh bersemangat untuk bekerja dan teruskan perkhidmatan, tapi tiba-tiba ada sesuatu membuatkan aku lemah semangat dan mood nak bekerja hilang.


Mula-mula aku ingin salahkan pihak pengurusan sebab macam ada unsur-unsur pilih kasih dan memandang rupa jika dibandingkan cara kerja dan pengalaman.
Namun lepas itu, aku fikir balik. Mungkin ada yang kurang dalam diri aku yang menyebabkan aku tidak terpilih dan masih disitu.


Jadi, aku rasa aku perlu baiki diri terutamanya self-confidence.
Atau mungkin aku perlu kemaskini resume dan cuba tempat lain?

aku : hanya akan nampak aku bila tiada sesiapa...sob sob sob

Thursday, September 15, 2011

salah aku ke?

Sejak dari awal minggu, aku rasa bersemangat dan teruja untuk ke pejabat. Tak tahu lah kenapa dan mengapa.

Tapi, pagi tadi, aku rasa sangat 'sentap' dan 'down' sangat. 
Rasa macam macam dianaktirikan je. Seolah-olah selama ni, yang aku buat tu tak ada siapa kisah. Macam tak penting je. Bila dah jadi masalah besar, macam nak tuding jari pada aku pula. Salah aku ke..????

Tiba-tiba saja aku rasa macam nak update resume dan berhenti saja.
Sebab aku tak tahu hala tuju aku disini. Seolah-olah kedudukan aku sekarang hanyalah untuk memenuhi syarat dan kepentingan sesetengah pihak sahaja. 

Aku rasa inilah pro dan con bekerja makan gaji.
Yang mudahnya makan gaji ni ialah, tak perlu fikir macam mana nak dapat untung, cuma perlu buat kerja yang disuruh lepas tu cukup bulan dapat gaji.
Yang payahnya ialah bila kerja yang dibuat tu tak ikut apa yang diorang nak, macam sekarang lah jadinya. 'Sakit jiwa' tak tentu fasal..!

aku : Sedih lah macam ni.....harap-harap aku tak bersalah.


Monday, August 29, 2011

kawan?

Puasa dah makin hampir melabuhkan tirainya.Kurang 3 hari lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Alhamdulillah aku dah selamat sampai ke kampung halaman selepas lebih kurang 6 jam memandu tadi. Penat seh..!!!
Jalan tak berapa sesak tapi kereta dah makin banyak di jalanraya.
Masa tengah memandu tu, aku layanlah lagu lagu raya sebab siaran radio tak dapat. Aku asyik duk ulang lagu nyanyian Aishah Pulanglah. Lirik dia terngiang ngiang di telinga aku..
" keampunan kupohon sekiranya aku yang berdosa..."

Bila terkenangkan tu,aku terbayang wajah kawan kawan rapat aku. Adakah aku diampunkan? Selama aku berkawan seboleh bolehnya aku nak elak dari menyakiti dan melukai hati kawan kawan. Kadang kadang aku mengalah dengan mereka sebab aku sangat sayangkan mereka,kerana semua benda aku cerita kat mereka dan mereka lebih mengenali aku berbanding adik beradik aku. Aku sayangkan kawan kawan rapat aku macam aku sayangkan mak ayah aku.
Tapi kadang kadang aku mungkin menyakiti hati mereka juga sebab aku manusia biasa. Tak terlepas dari membuat kesilapan.

Jadi Jumaat lepas aku tak lepaskan peluang untuk beritahu kawan rapat aku yang aku sangat sayangkan dia. Mujur aku tak cakap yang aku tak boleh hidup tanpa dia..! Heh...
Aku takut sangat kehilangan dia. Aku tak nak persahabatan kami tergugat oleh salah faham atau apa jua kesilapan. Aku boleh jadi down kot kalau sesuatu berlaku pada persahabatan kami. Aku tak nak perkara sama berulang lagi. Cukup perit hingga aku berjaya turunkan berat badan..!

Begitulah aku menghargai sebuah persahabatan. Namun kadang-kadang aku hairan mengapa kesetiaan dan kejujuran aku selalu diragui?
Seolah-olah aku hanya teman ketika perlu sahaja. Sedangkan aku anggap mereka teman waktu susah dan senang. Haih......
Kadang-kadang tertanya juga macam mana aku boleh rapat dengan seseorang tu. Bila dah rapat aku hanya nampak dia dan hanya dia. Walaupun aku tahu sudah nak cari yang betul betul ikhlas dengan aku. Mungkin benar kata seseorang pada aku, untuk orang ikhlas dengan kita, kita perlu ikhlas terlebih dahulu.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, August 21, 2011

ku biarkan kau pergi

Akhirnya aku 'lepaskan' juga Encik Black yang aku sayangi...
Walaupun sedih, tapi terpaksa ' let it go'.Dia dah uzur dan dah tak mampu untuk berkhidmat untuk aku lagi. 
Aku hargai khidmat 'dia' selama ini walaupun sejak akhir akhir ini dia selalu juga bagi masalah kat aku. Aku perasan semua tu sejak aku tukar minyak Ron 95. Sejak itulah 'dia' selalu meragam dan duit aku habis kat dia je. 
Sakit juga jiwa aku. Bila aku membebel dan marah-marah, dia mesti akan merajuk. Bila dia merajuk, lagi lah kempis poket aku...!!

Sejujurnya, dia adalah BFF aku sebab dia selalu temankan aku kemana saja aku berada. Dia selalu ada masa aku susah dan senang. Masa aku frust gila dulu, kat dia lah aku menangis..( alamak over la pulak..! ) 
Memang aku rasa lost sejak aku 'biarkan' dia pergi.
Pada hari terakhir tu, aku siap rasa nak menangis kot..! 
Bila orang tu ambil dan bawa dia pergi..rasa nak meraung pulak....( sob sob sob..)

Tapi, hidup perlu diteruskan, dan sekarang aku dah ada White Warrior pula dan akan menjadi my BFF sampai lah aku rasa perlu cari BFF baru..Heh..

Inilah Encik Black......I will always miss you..!!

Tuesday, July 12, 2011

suka kot....

Tiba tiba aku rasa sangat suka pada seseorang ni. Mula mula aku main main saje,tapi sejak dua menjak ni aku rasa nak sangat bersama dia. Ringkasnya,seolah olah aku mengejar dia..haha...
Dan kalau boleh aku nak dia jadi milik aku walaupun aku sedar aku tak setanding untuk berada di sebelah dia...:(
Published with Blogger-droid v1.7.2

Friday, July 8, 2011

BERSIH

Sebulan dua ni semua orang sibuk memperkatakan mengenai Bersih 2.0. Ada yang setuju,ada yang tak.
Yang kelakarnya adalah aku. Heh.....
Secara jujurnya aku dah lama tak ikuti perkembangan semasa. Aku dah lama tak tengok TV atau baca surat khabar. Sibuk sangatlah..katanya....heh..
Mula mula aku hairan apasal semua orang dok like Bersih ni dalam facebook. Lepas tu siap ada yang kena tahan lah sebabkan isu Bersih ni. Aku macam peliklah kan. Apasal sampai kena tahan dengan polis kan. Takkan lah orang nak buat baik pun kena tangkap. Sebab aku fikir macam tu ialah,dalam kepala otak aku, Bersih ni ialah satu kempen amalkan cara hidup yang bersih ke. Contohnya bandaraya bersih ke,jangan buang sampah merata-rata ke atau apa apa je lah kan. Rupa rupa tak uollls...Bersih tu benda lain rupanya. Malu mak uollsss....!!!! Haha....
Tu lah akibat kalau tak ikuti perkembangan semasa. Balik kerja tahu nak membuta saje kerjanya. Kain baju pun tak berlipat. Nasib baik basuh lah jugak. Heh..

Bila dah tahu maknanya tu, aku malas nak campur. Ada baik ada buruknya.
Yang buruknya aku rasa ianya menyusahkan sesetengah orang walaupun tujuannya adalah untuk kebaikkan semua. Yalah. Mana tak susahnya kalau polis buat sekatan sebab tak nak bagi orang orang tertentu tu mauk KL. Sebatu kot jalan jammed. Tak percaya? Cuba tengok muka depan The Star semalam. Tak ke menyusahkan ke tu?
Yang baiknya ialah aku maish akan dapat masuk parking percuma walaupun hari ni aku keluar rumah lebih lambat dari biasa...!! Yeihaaa....
Semuanya sebab ramai orang masih tersekat kat road block.
Satu kelebihanlah pada aku yang duduk dalam kawasan KL. Kira macam merentang arus lah. Aku bukan menghala masuk ke KL tapi menghala keluar dari KL.

Namun begitu,pada aku isu Bersih ni ada kelebihan dan kelemahannya juga. Aku tak nak komen lebih-lebih. Nanti kang ada pula yang condemn aku ke kan.
Ianya terpulang pada individu itu. Mungkin ada cara lain juga untuk mencapai matalamat itu. Cara yang macam mana tu, aku pun tak tahu.
Tapi untuk harini,aku suka...sebab aku dapat parking dan dapat nasi lemak sedappppp...!heh...
Published with Blogger-droid v1.7.2

Monday, July 4, 2011

suddenly

Sometimes I'm feeling hurt too with some people around me. Be it close friends,office mate, just friends, house mate, or any other people that I met. However, I rather keep it for myself rather than show it to them that I am hurt. The reason is I do not want to ruining the relationship that is build between us.
Last time, I show it, but this time I think it is no need for me to show it. 

One more thing is...because I love them very much and its hard for to lose whoever I had at this moment.


me: Tiba tiba terjiwang la plak...


Monday, June 6, 2011

hilang lagi

Aku kehilangan lagi...
Pagi Ahad lepas sepupu aku di jemput Tuhan. Rasa macam mimpi bila abang aku telefon beritahu berita tu. Masa tu aku tengah temankan kawan aku cari external hard disk di Plaza Low Yat.Kitaorang baru saja sampai, belum pun sampai sejam,
Aku minta kawan aku hantar ke airport. Aku perlu balik ke kampung segera. Aku terbayang-bayang lagi wajah sepupu aku tu. Dia sebaya abang aku yang sulung, dan dia umpama abang aku juga. 
Cuti hari Wesak yang lepas, aku sempat duduk bersembang dengan dia. Agak lama aku duduk dan berborak dengan dia. Aku jarang bersembang dengan dia, tapi entah kenapa hari itu aku nak sangat jumpa dan bertanya khabar dia dan keluarganya. 
Aku agak terkilan sebab tak sempat melihat wajahnya untuk kali terakhir. Aku sampai ke kampung jam 5 petang. Jenazah arwah sudah di hantar ke masjid untuk disembahyangkan dan terus dibawa ke kubur untuk disemadikan. Aku terus ke kubur dengan harapan dapat melihat wajahnya untuk kali terakhir. Namun, hajat aku tak kesampaian. 
Sehingga sekarang, aku masih merasa ianya satu mimpi. Dia pergi dengan mengejut dan aku sudah lama tidak habiskan masa dengan sanak saudara. Aku masih mendiamkan diri di kota ini.

Banyak benda yang buat aku masih diamkan diri disini. 
Namun, semakin hari semakin masa telah banyak meninggalkan aku. Tahun ini, aku hilang 5 orang saudara. 3 diantaranya adalah sangat rapat dengan aku ketika zaman kanak-kanak dan remaja aku. Aku jauhkan diri bila meningkat dewasa kerana perbezaan pendapat. Aku malas hendak bertekak. 
Tanpa aku sedar, betapa masa sangat pantas berjalan. Banyak benda yang telah aku tinggalkan.Semuanya sebab kecewa dan kecil hati.
Yang paling aku kesali ialah kenapa semua pentingkan wang ringgit dan harta dunia semata-mata..!
Kenapa wang menguasai segala-galanya..??????

Thursday, May 19, 2011

setahun jagung

Walaupun dah lama berkhidmat, tapi aku masih lagi setahun jagung kalau bab-bab kerja 'operational.'

-sedap pulak jagung ni- gambar dari sini

Banyak laaaaagiiiiiiii yang kena belajar dam ambil tahu.
Lepas tu kena 'gali' sendiri pula tu. Haih....
Nasib baik lah ramai yang baik hati dan bantu aku menghadapi semua susah payah nak 'menyetel kan' semua masalah mengenai 'operational'.

Hari-hari nak menangis saje rasa..!!

aku: Kuatkan lah diri untuk teruskan perjuangan

Wednesday, May 4, 2011

which one?

In general, I will directly report to only a boss.
But right now, I'm think, I have to listen and get instruction from 4 bosses...and I don't have power to stand up and defend myself. Like it or not, I have to follow....Damn..!

I don't mind to get instruction from those 3 other bosses, as their rank is higher than me and they have the right to give instruction to me, either directly or indirect. However, I am really pissed off when out of nowhere this other 'boss' instructed me to do this and this and  I have to follow it, or maybe should I call him 'verangan to be a boss'..?

aku: Confused and headache..







Friday, April 1, 2011

Futsal

Futsal normally will be one of my favorites sport. However, lately it is no longer be on top of my activity list.I think almost 2 months I am no longer playing futsal.
I did not know what's going on and I'm also do not know what makes things going wrong.
I am speechless and very clueless on what was happening now.
Hope everything will be back to normal soon....
I really miss those moments though......



aku:forgive me if I'm doing wrong

Tuesday, March 22, 2011

kehilangan lagi

Aku menerima satu lagi berita kematian dari kampung pagi tadi. Lebih kurang jam 8 pagi, aku sampai ke pejabat dan nak 'on' PC, abang aku telefon dan beritahu sepupu aku meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya pagi tadi. Jantung aku macam ada orang rentap pula rasa. Wajah sepupu aku tu pun tiba-tiba muncul depan mata aku. Memang terkejut gila. Tak sangka dan tak menduga.....Jantung aku rasa macam terhenti sekejap. 

Lepas satu...satu saudara aku dijemput Tuhan. Aku rasa macam satu tamparan pun ada juga.Apa yang Tuhan ingin sampaikan pada aku sebenarnya? Adakah ini satu petanda..?

Ikutkan hati, aku nak balik dan beri penghormatan terakhir kepada arwah. Aku dengan arwah agak rapat juga masa zaman kanak-kanak dulu, tapi bila dah dewasa, semua buat hal sendiri. 
Malangnya, dengan keadaan kewangan aku yang sangat kritikal sekarang ni, aku terpaksa korbankan keinginan untuk balik itu. Rasa sangat terkilan dan kecewa sangat dengan diri sendiri pun ada juga. Feel such a loser !!!

Namun, aku mendoakan agar roh arwah ditempatkan disisi orang-orang yang disayangiNYA.
Al-Fatihah untuk arwah Farid Che Nordin, yang meninggal pada usia 26 tahun.....

aku: mungkin cukup rasanya aku mendiamkan diri di bandaraya ini....



Sunday, March 20, 2011

semalam

Pagi semalam aku menziarah saudara aku di Hospital Selayang. Dah lama dia terlantar tak sedarkan diri di sana akibat serangan angin ahmar. Lepas pembedahan di kepala dibuat pun, dia masih tak sedarkan diri. Keadaan dia dah stabil, cuma sekarang doktor tunggu dia buka mata, barulah keadaan dia boleh dikategorikan selamat.
Aku agak terkejut melihat keadaan dia. Tak sangka sampai macam tu sekali rupanya. Sebelum serangan tu, dia OK dan nampak sihat. Orangnya pun jenis berbadan tegap je aku tengok, tapi itulah kan. Kalau dah itu takdir Tuhan, tak ada siapa pun boleh jangka.
Sebelum ni pun, aku baru je kehilangan mak sepupu belah mak aku. Arwah pun sama juga. Tiba-tiba kena sesak nafas dan terlantar di CCU kerana saluran jantung dah tersumbat. Denyutan jantungnya sangat lemah dan selepas 2 hari di CCU, arwah dijemput Tuhan selepas beberapa minit aku menziarahinya. Aku sempat berada di sisi ketika doktor cuba untuk selamatkannya, tapi Tuhan lebih sayangkan dia. Aku pun rasa lebih baik dia dijemput Tuhan daripada tersiksa macam tu.
Dan pejam celik pejam celik, dah hampir 3 bulan arwah meninggalkan kami semua. Cepat betul masa berlalu sekarang ni. Aku pun dah semakin dimamah usia ( chewah..! )

Lepas balik dari hospital semalam, aku lepak rumah kawan aku. Bosan tak ada apa nak buat. Sampai malam pulak tu aku lepak rumah dia. Heh....
Aku bosan dan nak cari teman untuk melencongkan rasa resah di hati aku. Banyak sangat perkara yang tak dijangka berlaku dalam kehidupan aku sejak kebelakangan ini. Antaranya ialah hal ahli keluarga aku yang seolah-olah berlumba-lumba masuk wad. Sekarang ni abang aku pula masuk wad dan selesai menjalani pembedahan di kakinya sebab kaki dia bengkak dan bernanah. Puncanya masih tidak diketahui. Tahap kewangan aku tak mengizinkan aku untuk pulang ke kampung walaupun aku sangat rindukan kampung aku tu. 
Sepanjang aku melepak di rumah kawan aku tu, sempat juga otak aku berfikirkan sesuatu.Padahal masa tu kawan aku sedang rancak berborak dengan aku. Heh...

Aku terfikir, sampai bila aku perlu hidup macam ni. Lari dari semua perkara yang aku rasa menyerabutkan otak aku. Sebab aku malas nak layan dan cara terbaik adalah lari dari situasi itu. Tapi, sampai bila?
Boleh ke masalah itu selesai kalau aku asyik melarikan diri dan mendiamkan diri?
Aku rasa terlalu banyak perkara aku diamkan dalam hati semata-mata nak jaga hati dan hubungan dengan sesetengah orang. Mungkin sesetengah orang akan nampak aku seolah-olah tak pedulikan sesiapa atau sesuatu keadaan, tapi kat dalam hati aku ni sebenarnya aku ambil berat dan fikirkan tentang orang itu. Namun sebab aku dah malas nak sakitkan hati sendiri dan otak dah penat sangat berfikir, maka aku berlagak macam tu. Aku mengasingkan diri dan buat apa yang aku suka sahaja. 

Aku rasa aku perlu berubah. Jika aku tak berubah, bimbang aku akan terus begini selama-lamanya. Tapi aku tak nak berubah kerana orang lain, sebab ianya tak kekal. Pernah dulu aku berubah, tapi ia tak kekal bila orang tu pergi dari hidup aku. Lepas tu, aku balik pada perangai asal. Jadi tak ada guna aku berubah sebab orang lain.

Aku nak berubah....

aku:rasa itu masih ada dalam diri ni. tolonglah pergi...

Saturday, March 12, 2011

lately

I'd notice something. Lately when I'm missing someone, I will :


i) do something that they like to do
ii) eat their favorite food
iii) drink their favorite drinks
iv) listen to their favorite song
v) enjoy their favorite moment.
vi) do the entire things that they like to do..!


Damn....!
Now I know how crazy I am when I care about someone in my life.


aku : This is not a good sign thou..

Friday, March 11, 2011

Sesak dan Hidup

Sejak aku kerja di kota KL ni, masalah tersekat dalam kesesakan lalulintas memang tak akan hilang. Boleh dikatakan setiap hari sama ada belah pagi atau belah malam, aku memang akan terjerumus dalam masalah ini.Lewat seminit dari waktu biasa aku keluar rumah atau pejabat pun, mesti akan tersekat dalam kesesakan lah.. *mengeluh*

Dan pagi kelmarin, aku tersekat dalam kesesakan....!!  *geram*
Puncanya, aku ni gatal nak pergi ronda-ronda cari jalan pula di pagi hari dan di waktu puncak. Padan muka sendiri...Dekat 2 jam juga lah aku tersekat tu. Nasib baik lah topik-topik yang dibincangkan kat radio pagi tu sangat kelakar dan menciut hati. Tak adalah aku bosan dan tertekan sangat. *senyum simpul*

Apa yang ingin dikongsikan di sini ialah apa yang aku fikirkan setiap kali tersekat dalam kesesakan. Kebiasaannya, di waktu-waktu macam inilah aku ambil peluang untuk renung kembali apa yang aku dah buat dan apa yang telah terjadi dalam hidup. Dan di waktu begini jugalah aku cuba kaitkan kesesakan itu dengan hidup aku. Dengan cara berfikiran macam itu, dapatlah aku tenangkan fikiran dan cuba cari penyelesaian yang terbaik bagi diri aku dan orang-orang sekeliling aku.
Perkara yang selalu aku fikir  biasanya ialah mengenai keputusan yang diambil atau jalan yang dipilih. Contohnya, oleh sebab terlewat seminit sahaja keluar dari rumah atau pejabat, itu dah boleh menyebabkan aku akan terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Perkara yang boleh di kaitkan dengan hidup ialah, mungkin kerana kesilapan yang kecil kita lakukan, boleh mengubah sesuatu yang besar dalam hidup kita. Dan yang selalu aku terfikir ialah mengenai hati dan perasaan kawan-kawan sekeliling aku. Mungkin kerana kesilapan yang aku lakukan, menyebabkan kawan-kawan terasa hati dan kecewa dengan aku. Em...mungkin.

Lagi satu yang aku selalu fikir ialah mengenai keputusan yang diambil. Contohnya, kalau kita ambil keputusan untuk ambil jalan pintas, dengan harapan boleh sampai cepat ke destinasi tanpa kita tahu apa yang bakal kita tempuh di hadapan dan kita tak biasa dengan jalan itu. Kemungkinan yang ada ialah samada kita akan cepat sampai atau kita tersekat dalam kesesakan.Apa yang boleh dikaitkan dengan kehidupan ialah, setiap keputusan yang kita ambil, hendaklah kita hadapinya samada suka atau tidak. Setiap apa yang terjadi dalam kehidupan ini penuh dengan cabaran. Setiap kesusahan yang ditempuh, ada hikmah disebaliknya.

Itulah yang selalu aku buat untuk isi masa kalau terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Banyak benda yang terjadi di depan mata kita, boleh dijadikan tanda dan subjek untuk kita fikirkan apa yang telah kita lakukan dalam hidup. Tuhan beri kita otak untuk berfikir.Jika tak boleh berfikir sendirian, maka luahkan kepada orang yang dipercayai. Jangan pendam seorang diri. Dan jika dah diluahkan pun masih tidak mampu untuk tenangkan fikiran yang tertekan itu,maka minta lah bantuan dari Allah. InsyaAllah DIA akan bantu.

Dan akhir sekali....satu lagi benda yang aku suka buat ialah menyanyi dan melalak seriang hati dalam kereta...!! 
Release gila weiiii.......:)









Wednesday, February 2, 2011

last minute

Last minute decision. I'm at Johor Bharu right now. 

The company I'm work in was very generous by giving all of its employee except  front liner and technical people 1 week straight of holiday..*laughing..*. 
Meaning that, I have some free time and a longggggg holiday. The problem is I'm not feeling to go back to kampong right now, but the worst is when my housemate is going back to her kampong. So, it means I am all alone on this longg holiday. Erk? 
SO, I've decided to visit and stay at my brother's house this long holiday. However, they all are going to Johor. That's the reason I have to make the last minute decision...*smile*

Nothing much we are done today, as I did not sleep last night. So, I was sleeping the whole day..
Nak cover tidur la kan.

Our journey will start tomorrow. My bro and his family is planning to go to Singapore.
Feels excited to go there, as this would be my my first time visit Singapore. Actually I did visit Singapore last time, but it was when I am 2 or 3 years old..haha..Tak ingat apa apa OK..!

SO, let's start our journey...!

aku: Lega dah siap kerja yang dijanjikan.

Wednesday, January 5, 2011

Rindu Setengah Mati

Dah lama aku muat turun lagu ini dan dah lama ia ada dalam pendrive aku, tapi baru pagi tadi aku hayati dan dengarnya betul-betul. Liriknya menusuk ke hati aku bila dengar nada awal lagu ini, dan tiba-tiba saja aku rasa nak hayati liriknya.
Memang liriknya kena dan tepat dengan apa yang aku rasa pagi tadi. Bukan semua lah kena. Bab 'mencintaimu' dan 'memilikimu' itu tak tepat dengan aku. Sebab aku tidak menyintai dan memiliki. Cuma aku merindui saja........Rindu sangat-sangat........
Setengah mati tu, mungkin bukan buat masa ini. Dulu-dulu mungkin lah kot. Sebab sekarang aku nampak, ianya mustahil dan aku harus lepaskan juga.

D'Masiv feat Kevin Apprilio - Rindu Setengah Mati

aku ingin engkau ada di sini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

reff:
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku selalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

repeat reff 
aku rindu setengah mati
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu

aku : Boleh jadi gila kalau rasa rindu ni tak hilang....haih....

Saturday, January 1, 2011

Welcome 2011

Pejam celik pejam celik dah tahun baru dah....Cepatnya masa berlalu...!
Rasa macam baru je aku melangkah ke tahun 2010. Tak sangka dah tahun 2011. Alhamdulillah masih bernafas dan masih diberi peluang untuk teruskan hidup.

Banyak yang berlaku di tahun 2010, sama ada baik atau buruk. Aku harap yang baik itu akan bertambah baik dan yang buruk tu tak akan berlaku lagi di tahun 2011 ini.
Antara yang baik yang berlaku ialah sebuah pertemuan dan persahabatan. Selepas lebih kurang 2 tahun aku kecewa dan terkilan dengan apa yang berlaku, aku rasa macam aku tak akan jumpa dan tak akan berkawan rapat dengan sesiapa lagi. Aku dah give up dengan orang-orang sekeliling aku, dan aku dah tak percaya kepada sebuah persahabatan. Aku jadi selfish dan hati batu. Namun awal tahun 2010 lepas, aku dihantar ke kursus oleh syarikat aku. Disini lah semuanya bermula. It's amazing when stranger becomes friends. Aku sendiri pun tak terfikir akan jumpa seseorang di sana. 
Aku sangat bersyukur dan sangat hargai apa yang aku dapat sekarang. Kehadiran mereka buat aku lupakan apa yang aku hilang suatu masa dulu dan buat aku gembira sangat..! Aku dah dapat balik senyum aku dan aku dapat balik semangat aku. Kali ni, aku akan jaga betul-betul apa yang Tuhan bagi kat aku ni, I'm really appreciate you and I don't want to loose anyone else again. Losing is hurt. Besides, I cannot accept losing.

Harapan 2011 aku ialah, aku perlu susun balik hidup aku dan akan  jadikan diri aku lebih kuat dan tabah hadapi segala rintangan.Cukuplah selama ni aku korbankan diri dan tenaga untuk orang. 
Terima kasih Tuhan kerana masih beri aku peluang dalam hidup.
Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua..:)