Aku kehilangan lagi...
Pagi Ahad lepas sepupu aku di jemput Tuhan. Rasa macam mimpi bila abang aku telefon beritahu berita tu. Masa tu aku tengah temankan kawan aku cari external hard disk di Plaza Low Yat.Kitaorang baru saja sampai, belum pun sampai sejam,
Aku minta kawan aku hantar ke airport. Aku perlu balik ke kampung segera. Aku terbayang-bayang lagi wajah sepupu aku tu. Dia sebaya abang aku yang sulung, dan dia umpama abang aku juga.
Cuti hari Wesak yang lepas, aku sempat duduk bersembang dengan dia. Agak lama aku duduk dan berborak dengan dia. Aku jarang bersembang dengan dia, tapi entah kenapa hari itu aku nak sangat jumpa dan bertanya khabar dia dan keluarganya.
Aku agak terkilan sebab tak sempat melihat wajahnya untuk kali terakhir. Aku sampai ke kampung jam 5 petang. Jenazah arwah sudah di hantar ke masjid untuk disembahyangkan dan terus dibawa ke kubur untuk disemadikan. Aku terus ke kubur dengan harapan dapat melihat wajahnya untuk kali terakhir. Namun, hajat aku tak kesampaian.
Sehingga sekarang, aku masih merasa ianya satu mimpi. Dia pergi dengan mengejut dan aku sudah lama tidak habiskan masa dengan sanak saudara. Aku masih mendiamkan diri di kota ini.
Banyak benda yang buat aku masih diamkan diri disini.
Namun, semakin hari semakin masa telah banyak meninggalkan aku. Tahun ini, aku hilang 5 orang saudara. 3 diantaranya adalah sangat rapat dengan aku ketika zaman kanak-kanak dan remaja aku. Aku jauhkan diri bila meningkat dewasa kerana perbezaan pendapat. Aku malas hendak bertekak.
Tanpa aku sedar, betapa masa sangat pantas berjalan. Banyak benda yang telah aku tinggalkan.Semuanya sebab kecewa dan kecil hati.
Yang paling aku kesali ialah kenapa semua pentingkan wang ringgit dan harta dunia semata-mata..!
Kenapa wang menguasai segala-galanya..??????