Kejap je....Dah masuk hari ke-5 Ramadhan...
Alhamdulillah aku masih sihat dan diberi kesempatan untuk meneruskan ibadah puasa.
Hmm..banyak perkara yang menyerabutkan dan bermain di fikiran aku. Banyak benda yang aku ingin kongsi dan mengadu, tapi tak ada siapa yang sudi mendengar dan berkongsi dengan aku.
Ada masalah yang sedang aku tanggung sendirian. Aku ingin luahkan pada seseorang, tapi tak ada seseorang disisi aku.
Semakin hari aku semakin rindu pada arwah mak. Segala kenangan dan hari-hari terakhirnya bermain di otak aku. Agaknya inilah yang dia rasa semasa hayatnya kerana aku tiada disisinya. Bukan aku sengaja tapi aku terpaksa kerana tuntutan pengajian. Aku tak nak tinggalkan dia, tapi dia suruh aku teruskan.
Sepanjang hidup aku, mak lah sentiasa bersama aku. Aku tak ada kawan rapat ketika zaman remaja sebab aku sentiasa habiskan masa bersama mak ataupun bersendirian. Masa tu aku lupa yang mak aku akan tinggalkan aku juga suatu hari nanti. Dan sebab itu, setiap kali mak tidur aku selalu tenung wajah dia dan terfikir bagaimana kalau mak pergi dulu? Macam mana aku nak hadapi hari-hari mendatang tanpa dia?Adakah aku akan kuat dan tabah mengadapinya..?
Dan seperti biasa, air mata aku akan menitis. Kalau mak tersedar dan tengok aku teresak-esak dia akan bertanya kenapa dengan aku. Dan aku akan menjawab, tak ada apa-apa, mata masuk habuk. Dan aku tidur selepas itu sambil menangis lagi......
Dan sekarang, aku keseorangan. Mak dah tak ada dan tinggalkan aku sejak 6 tahun lepas.Aku masih tak dapat nak hidup tanpa seseorang disisi aku. Sebab mak selalu ada disisi aku dulu kalau aku terasa lemah.
Dan sekarang...semua benda aku kena hadapi sendirian. Semua masalah aku perlu selesaikan sendiri. Semua keputusan aku kena buat sendiri.
Dan aku rasa takut....tapi tak ada sesiapa faham akan ketakutan aku walaupun orang yang sedarah daging dengan aku.
Kawan..?
Entahlah......