Tuesday, November 16, 2010

pagi tadi

Sakit-sakit badan aku tak habis lagi. Padan muka sendiri..* senyum simpul*...

Semuanya gara-gara pendakian secara mengejut ke Bukit Broga pada hari Ahad lepas. Aku tak buat apa-apa latihan dan aku tak buat regangan pun sebelum memulakan pendakian. Main redah macam tu saja..Itu pasal lah habis sakit otot-otot aku. Terkejut gamaknya..Heh..
Tapi, walaupun sakit sakit, seronok lah dapat mendaki bukit tu. Dapat mengisi masa lapang aku yang sangat lapang ni dan dapat aku keluarkan peluh. 
Nanti nak pergi lagi lah mendaki Bukit Broga tu.....* senyum lebar *..

Esok dah Raya Haji, dan aku masih lagi di pejabat waktu ni. ( sebak pula rasa ). Maknanya, aku beraya di perantauan lah tu...!! Dan ini adalah kali ke-2 aku beraya di perantauan.
Bukan tak ada kampung, tapi tak ada cuti. Boleh terima ke alasan tu..? * fikir kejap*
Ok..itu cuma satu alasan. Kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan. Kenapa aku tak balik, dan kenapa aku berdalih....biarlah ianya jadi rahsia aku..*senyum sambil kenyit mata*

Pagi tadi aku bangun dari tidur, tengok semua rakan serumah aku dah tak ada. Mungkin dah balik kampung masing-masing kot. Aku mengantuk sangat semalam, sampai tak sedar bila masa mereka bertolak. 
Bila dah seorang diri kat rumah, sunyi pula rasa. Mula lah otak aku fikir macam-macam, walaupun di pagi hari kan. Aku buka TV, pasang suara kuat-kuat. Biar satu rumah dengar..! Haha...
Aku gosok baju nak pergi kerja, sambil masak air untuk buat mandi. Sejuk pula air kat rumah aku pagi tadi. Macam air batu pula rasa. Tak boleh tahan lah nak mandi macam tu saja. Kena tambah air panas baru OK sikit. 

Aku keluar lambat sikit hari ni. Mungkin ramai orang bercuti hari ni. Jalan raya Ok sikit lah kan. Tak perlu nak berebut parkir. 
Tengah-tengah bersiap tu, aku terfikir dan teringat sesuatu. 

" Kau yang pilih untuk sorang- sorang".... 

Itu kata-kata dari seseorang kat aku suatu masa dulu. Aku masih ingat lagi sampai hari ni dan ianya masih melekat dalam minda aku. Setiap kali aku nak buat apa-apa dan pergi ke mana-mana, aku akan ingat kata-kata tu. Kadang-kadang aku rasa ianya betul, tapi kadang-kadang tak betul juga. Aku mengikut keselesaan diri sendiri dan aku tak suka menyusahkan kawan-kawan hanya kerana benda remeh. Kalau sesuatu benda atau tempat tu aku boleh pergi sendiri, aku pergi saja lah.
Tipulah kalau kata aku tak rasa macam nak orang teman. Mana ada orang suka berseorangan kan. Sedangkan Nabi Adam perlukan Siti Hawa temankan, inikan pula aku anak cucu Nabi Adam.

Takkan lah aku nak paksa orang ikut aku. Setiap orang ada hal masing-masing. Aku tak suka memaksa dan mendesak. Kalau orang nak, dengan rela hati dia akan temankan. Aku tak salahkan sesiapa kalau aku rasa keseorangan dan sunyi, sebab diri aku sendiri yang buat aku rasa macam tu.

Persahabatan bagi aku adalah suatu anugerah yang tak ternilai di kurnia Tuhan. Aku sangat hargai kawan terutamanya kawan rapat sebab mereka lah orang yang paling rapat dengan aku yang boleh aku bercerita tanpa segan tentang aku, dan tentang perkara yang keluarga aku tidak tahu. Jujurnya aku bukan jenis yang banyak mulut. Aku lebih suka mendengar dari bercakap. 

Tapi kawan juga ada urusan masing-masing kan. Tak setiap masa mereka akan dapat temankan aku. Maka sebab itu aku memilih untuk bersendirian kerana bila aku dah sayang seseorang kawan, aku akan setia sampai bila-bila. Bila aku terlalu setia, kalau kecewa, aku akan sangat sedih. Bila aku sedih, aku hilang arah dan hilang semangat. Bila hilang semuanya tu, semua kerja tak jadi dan mungkin aku musnahkan diri sendiri. Teruk kan..?

Jadi sebab itu....aku macam ni...* senyum *

Friday, November 12, 2010

For the rest of my life

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009



I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
 

I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
 

And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
 

For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart



This song keep playing in my head....
Wishing and searching someone that will sing to me with all his heart someday.....

Until now, I'm not  found one yet . ( *sob sob sob *)

Even though I am missing someone like crazy right now, but you are not the one. I think almost everyday I am missing you..!
I'm guess it is really crazy as I do not have to miss you badly. Really don't know why I am missing you this way. You're just normal person and nothing special about you. but I don't know why I'm thinking about you and missing you almost everyday. I think it is not too much if I said that I'm thinking about you every minute, every second until the clock is stop ticking.....!

Gila kan....?
 Is that mean I'm in love with you..??

No No No.......!!!!
It can't happen...There's something that will always separate us ....( *sob sob sob*..)

Sunday, September 19, 2010

holiday end

How fast time flies. My Raya holiday that almost a week just end. Tomorrow I will be back to the office and continue doing my routine as an employee to my employer. Arghh..I don't want to go back to KL anymore....! I just wanna sit here at my hometown and continue my life as usual. I hate being in KL again. There's so much memories that I cannot erase from my mind.

While having a long holiday for Raya this time, I'd utilize it with relaxing my mind and my spirit. I know my spirit are a bit down lately. I'm trying hard to fight it and chase away all the stress and depression in me. I did not want that moment comes again that make me doing something unexpected again in my life...But I've failed. I just can't chase away all the sadness and the loneliness in me.

Last Ramadhan, I've confess something. The thing that I keep inside me for almost 2 years after that crisis. I cannot keep it by myself anymore. It is not that I want to prove something, but I think there's so much unfinished business between us.
And know what..? That confession is the first time in my life..! I never do that before this. Last time I'd rather keep the silence and let it gone just like that. The outcome of it..I will lose everything without giving the other parties know what's inside my head.
But this time, I'd let it out whatever inside my head. I'd told what I feel and how afraid I am.However, it is too late. Everything will never be the same again. I can't have back whatever I'd lost, and I'd failed to convince people and to make them understand me. I have to admit that no one understand what's I keep inside and no one try to understand it. Only my mother and father knows me.They spoiled me too much that putting me in this situation.

I'm maybe looks old at my age, but my thinking is not like someone at my age. I know that, but I did not know how to be like one..!

I really hope I will be strong and continue my life as usual after this. I will continue searching the way that will make me go back to my hometown for good.

Sunday, August 15, 2010

hari ke-5

Kejap je....Dah masuk hari ke-5 Ramadhan...
Alhamdulillah aku masih sihat dan diberi kesempatan untuk meneruskan ibadah puasa.

Hmm..banyak perkara yang menyerabutkan dan bermain di fikiran aku. Banyak benda yang aku ingin kongsi dan mengadu, tapi tak ada siapa yang sudi mendengar dan berkongsi dengan aku.
Ada masalah yang sedang aku tanggung sendirian. Aku ingin luahkan pada seseorang, tapi tak ada seseorang disisi aku.
Semakin hari aku semakin rindu pada arwah mak. Segala kenangan dan hari-hari terakhirnya bermain di otak aku. Agaknya inilah yang dia rasa semasa hayatnya kerana aku tiada disisinya. Bukan aku sengaja tapi aku terpaksa kerana tuntutan pengajian. Aku tak nak tinggalkan dia, tapi dia suruh aku teruskan.
Sepanjang hidup aku, mak lah sentiasa bersama aku. Aku tak ada kawan rapat ketika zaman remaja sebab aku sentiasa habiskan masa bersama mak ataupun bersendirian. Masa tu aku lupa yang mak aku akan tinggalkan aku juga suatu hari nanti. Dan sebab itu, setiap kali mak tidur aku selalu tenung wajah dia dan terfikir bagaimana kalau mak pergi dulu? Macam mana aku nak hadapi hari-hari mendatang tanpa dia?Adakah aku akan kuat dan tabah mengadapinya..?
Dan seperti biasa, air mata aku akan menitis. Kalau mak tersedar dan tengok aku teresak-esak dia akan bertanya kenapa dengan aku. Dan aku akan menjawab, tak ada apa-apa, mata masuk habuk. Dan aku tidur selepas itu sambil menangis lagi......

Dan sekarang, aku keseorangan. Mak dah tak ada dan tinggalkan aku sejak 6 tahun lepas.Aku masih tak dapat nak hidup tanpa seseorang disisi aku. Sebab mak selalu ada disisi aku dulu kalau aku terasa lemah.
Dan sekarang...semua benda aku kena hadapi sendirian. Semua masalah aku perlu selesaikan sendiri. Semua keputusan aku kena buat sendiri.
Dan aku rasa takut....tapi tak ada sesiapa faham akan ketakutan aku walaupun orang yang sedarah daging dengan aku.
Kawan..?
Entahlah......


Thursday, June 17, 2010

ehem ehem..

Salam and Hello everyone..!

This site is still under construction.
I am too busy and can't find some space to properly write an introduction.

However, this will be the first step to hint that I am making a come back to blogging world..

Really miss it dowh..